PERMATA HATI ~ MA LEE CHUSWAN


PERMATA HATI by ma lee chuswan
RARE - TERPAKAI TAPI MASIH BAIK 
HARGA RM80.00 SEM - termasuk pos
atau
WhatsApp 010-4398892

Lelaki Yang Terpilih ~ April Snow

PRE ORDER 
LELAKI TERPILIH - LIMITED EDITION
Karya : APRIL SNOW
Harga : RM35.SEM / RM38.00 SS 
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS

Sinopsis :-
Lelaki Terpilih 1 - Cinta Sofia Rana
Dilahirkan sebagai anak Ramone Commando, ketua gengster terkenal bukan pilihan Sofia. Gerak-gerinya diperhati setiap saat. Diekori dan dikawal ketat oleh orang-orang suruhan Blood.
Blood…anak angkat dan orang kepercayaan Ramone. Lelaki yang sentiasa ada di sisi Sofia sejak kecil. Membesar bersama. Blood penjaga dan pengawal peribadi namun lelaki ini sukar ditelah hati dan jiwa. Antara mereka sering tak sekata. Tingkah bicara tak sehaluan sentiasa. Ada sahaja yang tak beres antara mereka berdua.
“Aku nak tanya kau satu soalan. Aku ni banduan pada kau?”-Sofia.
“Kau tak dikurung. Kau bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja yang kau suka..”- Blood
Pertemuan dengan Mustaqeem yang menyelamatkannya dari cubaan culik mengubah kiblat hidup. Dari lelaki itu dia kenal destinasi addin. Bicaranya mendamaikan jiwa, hati dan rasa.
“Kenapa tanya? Awak rindu nak dengar suara saya ke?” – Sofia
“Sebenarnya awak yang rindu nak dengar suara saya kan?”- Mustaqeem
Pertemuan ini juga membongkar hubungan sebenar antara Sofia dan Mustaqeem. Ada rahsia yang tersirat. Ada kisah yang tersurat. Antara Mustaqeem dan Blood, pasti satu yang tertulis buat Sofia. Tapi siapa?
Lelaki Terpilih 2 – Lentera
Umar Al-Walid dan Fae Roulette aka Siti Fatimah Az- Zahra. Kisah mereka umpama mimpi ngeri yang jadi nyata. Mereka bermula dengan pertemuan yang masam pahit. Umar si sinis sadis bertemu Fae si kaki melawan tahap petala sepuluh. Memang tak match la, orang kata. Tapi kalau jodoh itu sudah tersurat, ikan di Lautan Atlantik pun boleh berjumpa asam belimbing dalam periuk di Kuala Lumpur!
“Awak tu bakal isteri saya. Tentulah saya kena sibuk.”- Umar
“Siapa tah nak kahwin dengan dia. Awak tu mimpi ngeri tau tak?” – Fae
Bagi Fae, Umar itu lelaki mulut pedang. Tajam dan berbisa. Tapi sukar mahu ditolak kehadiran lelaki pilihan umi. Menjadi anak derhaka tidak sesekali. Menerima Fae sebagai isteri ada tugas berat menanti. Suami itu lentera seorang isteri.Membawa isteri ke syurga mampukah digalas Umar? Cukup bersediakah dia menjadi seorang Umar untuk memimpin hidup seorang Siti Fatimah Az Zahra yang masih tenggelam dengan nikmat dunia.

atau
WhatsApp 010-4398892

Selimut Malam ~ Hani Fazuha


Novel yg best dan wajip beli!!   
Limited edition. 
DAPATKAN SEBELUM TERBIT SELIMUT MALAM 2.

HARGA RM90.00 SEM / RM95.00 SS 

[termasuk postage. 

NO BOOKING!  ada yg cancel


Sinopsis


Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.

Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan begitu.

'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.'

Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara.

'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri.
'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'.
'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri.
Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang.
'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir tidak terkeluar.
Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman.
Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?
atau
WhatsApp 010-4398892

Meh Sandar Pada Aku ~ Aifa Batrisya

HARGA NOVEL RM22.00 SEM / RM25.00 SS
Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz
Drama terbaru adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya telah menemui penonton di slot Dahlia TV3 pada 26/02/2017.   Aliff Aziz dan Mira Filzah sebagai teraju utama. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian. drama Meh Sandar Pada Aku ditayangkan pada pukul 6.58 petang, setiap hari Jumaat -Ahad. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz.
SINOPSIS MEH SANDAR PADA AKU
Drama ini mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tidak bertempat. Afnan Tasneem yang sedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan seorang penyelia yang dianggap terlalu sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan yang bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya, dia lalu mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya sememangnya memeningkan kepala ini kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.
Sepanjang tempoh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli teruk dan memberi arahan tanpa diberi sebarang tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal mula menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem sering meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga adalah seorang budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed sememangnya suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem hanya sekadar untuk buat  Dr Syed cemburu. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang dimana menganggap Adam Naufal mencintainya.
Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem pula berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed pula telah merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan daripada Dr Syed,  dia juga telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya adalah pemburu cinta Dr Syed daripada kecil gembira dengan pertunangan itu. Semasa menghadiri majlis konvo Adam Naufal telah membongkar kan satu rahsia, iaiatu sebenarnya Adam Naufal sudah pun bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.
Berita kematian ibu dan ayah telah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tidak boleh menerima kenyataan itu dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan daripada Dr Syed , akhirnya Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Tentang Lara Hati ~ Nueen


TENTANG LARA HATI

BAYAR SEKARANG ..SEHINGGA STOK HABIS - baki koata 10 sahaja
PRE ORDER DIBUKA

NOVEL TERBITAN MAC 2017

TENTANG LARA HATI - NUEEN
HARGA RM40SM / RM44 SABAH & SARAWAK (TERMASUK POS)


Aku sayang KHAIRIL. Sangat-sangat sayang. Tapi lelaki yang aku sayang itu hanya seorang penoreh getah. Dengan alasan itulah mak selalu hina dia. Dia tidak seperti menantu lelaki mak yang lain. Berpangkat tinggi semuanya.
“Saya sedih sebab mak buat awak macam ni. Menantu lain bukan main lagi mak tatang.”
“Tak apalah. Bukan rezeki saya nak jadi menantu kesayangan. Tak penting semua tu.”
“Saya bimbang awak gagal bertahan.”
“Insya-ALLAH, saya akan bertahan. Saya akan bertahan demi awak.”
“Awak tetap akan sayang saya walau mak layan awak macam tu?”
“Sekalipun satu dunia layan saya macam tu, tak mampu untuk mengubah kasih sayang saya terhadap awak. Awak isteri saya, kan? Bidadari saya.”
Pun begitu, kasih sayang kami tambah mendalam. Hidup kami seperti biasa saja. Langsung tak terkesan dengan penghinaan mak. Cuma semakin hari aku semakin bimbang. Bimbang tindakan emak yang seperti mahu memisahkan kami berdua.
Sekeras mana pun hati Khairil, pasti satu ketika dia akan mengalah. Kalau itu terjadi, bagaimana dengan aku nanti? Siapa yang aku akan pilih antara emak dan kasih Khairil?

WhatsApp 010-4398892

Duit Hantaran Ku Tak Cukup ~ Sarnia Ya

PRE ORDER 
DUIT HANTARANKU TAK CUKUP 
HARGA RM28.00 SEM / RM31.00 SS
POS PERCUMA SEHINGGA 31 MAC 2017!!

“ADA pulak akak duit nak buat majlis untuk anak perempuan akak, ya. Nak buat hantaran untuk anak saya tak ada duit!” sindir Puan Normah bernada geram. Dia menghubungi Puan Jamaliah sebentar tadi.

“Bukan macam tu Nor,” sanggah Puan Jamaliah di sebelah sana.
“Habis macam mana? Akak call Sham semalam kan? Bagi tahu saya nak hantar orang nak putuskan pertunangan dia orang.” Memang dia tidak puas hati dengan keputusan Encik Shamsuri semalam. Begitu pun dia tetap akan menghantar orang untuk memutuskan pertunangan anaknya dan anak Puan Jamaliah.
“Ya. Aku call Sham semalam. Aku kesian kan budak berdua tu. Kita buat nikah dulu. Duit hantaran tu nanti aku akan usahakan.” Perlahan suara Puan Jamaliah.
“Saya nak duit hantaran anak saya kak. Duit tu bukan untuk saya, tetapi untuk Rin. Nilai tu tak sama selama saya membesarkan dia. Saya tak mau anak saya papa kedana kalau ditinggalkan nanti. Lelaki sekarang bukan boleh percaya walau sanggup bercinta bertahun-tahun.” Sekali lagi diulang pendiriannya agar Puan Jamaliah faham sefaham fahamnya. Penat dia menjelaskan kepada wanita itu sebelum ini.
“Astaghfirullah al-azim. Kenapa fikir sampai begitu? Doa yang baik-baik untuk dia orang Nor!”
“Ya, memang saya doakan yang baik-baik untuk dia orang. Tapi, benda macam ni dah banyak jadi, kak. Akak mungkin tak risau, sebab anak akak, lelaki. Anak saya perempuan dan itulah satu-satu anak yang saya ada. Saya tak mau dia kecewa suatu hari nanti!” tekan Puan Normah.
WhatsApp 010-4398892

PDK ~ She is bell



PDK = PROJEK DALAM KELAMBU - She isbell.

HARGA RM90.00 SEM / RM95.00 SS termasuk poslaju.
HANYA UNTUK BACAAN DEWASA. EXCLUSIVE LIMITED PRINT


BERMINAT SILA Whatsapp 010-4398892 dan nyatakn 'SAYA NK PDK' . No booking.

Semarak ~ Lamia Amal

RARE. TIADA REPRINT. KONDISI TIP TOP
HARGA RM100.00 termasuk postate
WhatsApp 010-4398892

KOMPILASI CERPEN SEJIWA ~ Limited Edition

Pre Order Mac 2017
LIMITED EDITION kompilasi Cerpen yang bertajuk SEJIWA.
*** Pre-Order akan ditutup bila kuota untuk ejen habis terjual.***

Harga : RM30 + 8(postage)- SM 
RM33 + 12 (Postage)- SS
Penulis : Hani Fazuha, Farah Husain, Cik Bawang, Feyqa Johari, Cik Amal, Haraza
******
Enam cerita dari enam penulis baru dan lama bergabung di dalam satu naskah.
1. Aku Sayang Dia - Hani fazuha
2. Menanti Dia - Farah Husain
3. Cinta Menyakitkan - Cik Bawang
4. Tersilap Hati - Cik Amal
5. Prasangka - Haraza
6. Pilihan Hati - Feyqa Johari

tutup order JIKA ADA BAKI HARGA AKAN BERBEZA YEA

WhatsApp 010-4398892

Perempuan Yang Paling Aku Cinta ~ Acik Lana

PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA , COVER CAMERA. BUKU TERPAKAI TAPI KONDISI BUKU MASIH BAIK. 8/10.
KENAPA BUKU NI MAHAL?? SEBAB..RARE 
LIMITED EDITION
TIADA REPRINT
SUKAR DICARI
PERMINTAAN TINGGI
ADA SELLER BELI SECARA BIDAAN

NO BOOKING!

HARGA RM320.00 SEM / RM350.00 SS
termasuk postage

serius berminat  sila whatsapp 010-4398892

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.

nota kaki

*Sy ada 1 lg buku ni [PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA. COVER GAUN MERAH. JIKA serius nk, blh whatsapp sy spt no kt atas tu. HARGA NI RM430.00 siap pos*




Aku Yang Kau Tinggalkan ~ Alina Haizar

Rare. Best Seller! .Tiada dalam pasaran dah. 
terhad!
AKU YANG KAU TINGGALKAN
Harga :  RM42.00 SEM/ RM45.00 SS  termasuk pos.

Buku baru. Masih available - stok tinggal beberapa naskah shj.

Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorg untuk menjaga dirinya yg sakit.



Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dgn suaminya sendiri. Diam2 dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yg lara ke Turin utk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yg terbuku di dalam hati masing2. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi utk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yg terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing2 yg sebenarnya telah ditinggalkan.

Apakah rahsia yg dipendamkan itu...? 

WhatsApp 010-4398892


IKHLASKAHKU? ~ SAN SYI

LAST COPY!
EKSKLUSIF. EDISI TERHAD.


HARGA RM53.00 SEM / RM58.00 SS
termasuk postage
“Semalam Neesa ada tanya ibu pasal janji ibu sebelum kamu berdua berkahwin”.
“Janji apa bu?” Soal Azril dengan hati yang berdebar – debar. Bimbang janji itu akan mengusutkan lagi keadaan mereka.
“Sebelum kamu berdua kahwin dulu, ibu dah berjanji yang akan ikut apa sahaja keputusan Neesa seandainya dia tak bahagia”. Azril meraup mukanya lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi. Puan Maimun menoleh ke arah lain melihat wajah kusut menantunya itu.
“Tapi bu… Neesa tak boleh buat macam tu. Ril tak akan lepaskan dia walau apa pun terjadi”. Jawap Azril dengan tegas.
“I tetap dengan keputusan I” celah Aneesa dengan tiba-tiba, terkejut Azril mendengar suara Aneesa yang tiba-tiba berada di belakangnya.
“Neesa…. cuba bincang elok – elok. Kenapa macam ni? Ibu tak ajar anak ibu jadi orang kurang ajar pun”. Tegur Puan Maimun kepada Aneesa yang sedang berdiri mencekak pinggang di sebelah Azril.
“Ibu….. Neesa boleh hidup sendiri dan Neesa tetap dengan keputusan Neesa".Aneesa bersuara dengan tegas.
“No!.. I tak setuju, kenapa pulak you nak bercakap pasal hidup sendiri ni. I tak pernah ada niat pun nak berpisah dengan you Neesa”. Balas Azril dengan tegas juga.
“Sudah lah tu. Kamu berdua cuba bincang elok – elok. Pening kepala ibu tengoklah”. Puan Maimun bangun daripada duduknya lalu terus melangkah ke luar rumah. Terkedu Azril apabila mereka dijerkah oleh ibu mertuanya. Aneesa memeluk tubuhnya lalu menghadiahkan senyuman sinis kepada Azril yang jelas terkejut.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa

RAMAI YG CARI NOVEL NI..
Penulis : Aleya Aneesa

Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Bil. Mukasurat : 460
Cetakan 1 : 2005
Cetakan 2 : 2006
Cetakan 3 : 2007
Cetakan 4 : 2009

ANTARA NOVEL BEST SELLER
BUKU BARU. STOK TERHAD
HARGA RM32.00 SEM / RM38.00 SS
termasuk postage

Di sebalik senyumanmu... ada tangisan yg panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan utk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih syg saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita & zahirnya terseksa...
Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yg hidup. Hari ini tiada tapi esok mgkn ada. Hari ini ada, mgkn esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pd Ikham tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang utk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak , tiada apa yg mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yg terindah...
Sungguh... Hajar rindu pd Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati & perasaannya sendiri. Mgkn ini suratan yg tertulis dlm lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih utk menerima & memberi Ikhman kasih syg yg tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorg diri. Dan... yg paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri. Inikah balasan ALLAH pd dirinya yg ingkar?
Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sbg isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan 2 hati, dia rela berlari & terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yg pasti dia tidak mahu menjadi spt bunga, dihirup madunya kemudiaan ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Permata yang hilang ~ Ibnu Yusof


Seni Nafkhah Batin. Buku terpakai kondisi masih ok. Muka surat lengkap. Terbitan pertama - 1995
200 muka surat. Antara isi kandungan adalah Fenomena Anggota Kelamin, Penjagaan Badan Menerusi Pencegahan, Penjagaan Badan Menerusi Latihan Fizikal, Tertib Jima', Posisi Jima', Petua Ketika Jima', Pemulihan Prestasi, Catatan Amalan Mistik dan juga Ujian Personaliti.



JUGA MENDEDAHKAN SEGALA RAHSIA ILMU PENGETAHUAN TENTANG SEKS MELAYU DILENGKAPI DENGAN ILUSTRASI POSISI SEKS YANG TEPAT. DISAMPAIKAN OLEH IBNU YUSUF. SESUAI BUAT PASANGAN YG AKAN BERKAHWIN & JUGA YANG TELAH BERKAHWIN. TEKNIK & PENGETAHUAN YANG AMAT BERNILAI TENTANG SEKS MELAYU


BACAAN DEWASA
HARGA RM55.00 SEM / RM60.00 SS
termasuk poslaju

atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Andai Itu Takdirnya 1 & 2 ~ Siti Rosmizah

BEST SELLER!!

ANDAI ITU TAKDIRNYA RM19.90 SEM / RM22.90 SS
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS
ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 RM36.00 SEM / RM39.00 SS
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS

atau COMBO RM68.00 SEM / RM80.00 SS
termasuk postage



SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIR
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." 


SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA 2
Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.

“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!

Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.

“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!

“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”

Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.

“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.

Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!

“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.

“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.

“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.

“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”

Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau