CAIRKAN HATI BEKU DIA - LYNN AZAMI


rm27.00 sem/ rm30.00 ss
postage rm8.00 / rm12.00 ss
“It depends on how you define ‘perempuan cantik’. I mean beauty is a subjective things right?”
“Definitely. Dekat sini pun ramai perempuan cantik-cantik.” Komen Subhan bersahaja dan tergelak kecil di hujung ayatnya.
Kali ini memang berubah terus riak Hanna, tidak mampu lagi dia menahan rasa cemburu yang baru bersarang di dasar hatinya. Laju sahaja tangannya mencari pinggang Subhan dan mengaktifkan sepit ketam!
“Apa you cakap? Mana perempuan yang cantik sangat tu? Amboi! Bukan main lagi you menggatal ye hari ni?” Tertahan-tahan sahaja suara Hanna keluar. Sepit ketamnya pula jangan cakap lah, sepatah ayatnya keluar, satu level lagi dia menambah tenaga menyepit pinggang Subhan.
“Aduduiii… Sakit lah yang oii!” Cepat-cepat Subhan menarik jari Hanna yang masih berada di pinggangnya itu.
“I tak habis cakap lagi you dah serang I. Apa lah you ni sayang.”
“Apa, apa? Apa benda yang tak habis? Nak cari ayat cover line lah tu!” Hanna semakin membulatkan matanya. Manakala dagunya pula sudah diangkat-angkat tinggi dan mata bulatnya semakin tajam memanah mata Subhan.
“Memang dekat sini ramai perempuan cantik-cantik.”
Belum sempat Subhan menghabiskan ayatnya, mata Hanna sudah membeliak semakin besar. Cepat-cepat Subhan sambung untuk menyudahkan ayatnya.
“Tapi bagi I, you lah yang paling cantik sekali. Diaorang semua tu mana boleh lawan sayang I ni.” Subhan sudah mengeluarkan ayat manis, tangannya pula sudah naik dan menyelitkan rambut Hanna yang terjuntai ke belakang telinga.
Manakala Hanna pula langsung tidak terusik dengan ayat manis bergula Subhan itu, matanya dikecilkan dan bibirnya dicebik meluat.
“Iyalah you tu!” Tangan Hanna laju menepis tangan Subhan yang mengelus rambutnya itu.


WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment