Meh Sandar Pada Aku ~ Aifa Batrisya

HARGA NOVEL RM22.00 SEM / RM25.00 SS
Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz
Drama terbaru adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya telah menemui penonton di slot Dahlia TV3 pada 26/02/2017.   Aliff Aziz dan Mira Filzah sebagai teraju utama. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian. drama Meh Sandar Pada Aku ditayangkan pada pukul 6.58 petang, setiap hari Jumaat -Ahad. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz.
SINOPSIS MEH SANDAR PADA AKU
Drama ini mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tidak bertempat. Afnan Tasneem yang sedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan seorang penyelia yang dianggap terlalu sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan yang bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya, dia lalu mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya sememangnya memeningkan kepala ini kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.
Sepanjang tempoh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli teruk dan memberi arahan tanpa diberi sebarang tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal mula menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem sering meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga adalah seorang budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed sememangnya suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem hanya sekadar untuk buat  Dr Syed cemburu. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang dimana menganggap Adam Naufal mencintainya.
Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem pula berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed pula telah merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan daripada Dr Syed,  dia juga telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya adalah pemburu cinta Dr Syed daripada kecil gembira dengan pertunangan itu. Semasa menghadiri majlis konvo Adam Naufal telah membongkar kan satu rahsia, iaiatu sebenarnya Adam Naufal sudah pun bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.
Berita kematian ibu dan ayah telah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tidak boleh menerima kenyataan itu dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan daripada Dr Syed , akhirnya Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

No comments:

Post a Comment