DIA SUPERNATURAL EKSRATERRESTRIAL

Ready stock

LIMITED 
HARGA RM35.00 SEM / RM35.00 SS
termasuk postage
“Aku nak tanya kau sesuatu... pasal Yuu.” Kenzie berterus-terang sebab tak mahu Raed terus salah sangka.

Muka Raed berubah sikit bila Kenzie sebut nama Yuu. “Kau masih harapkan dia?” Dia hampa sebab dengar soalan tu. Nampaknya Kenzie masih mengharapkan Yuu.

“Payah aku nak lupakan dia. Aku dah cuba. Tapi tak boleh. Semuanya sebab cincin bodoh ni agaknya.” Kenzie belek cincin kat jari. Tapi kemudian cepat-cepat dia angkat kepala pandang Raed. Dia tak nak cakap pasal cincin tu lagi. “Yuu ada cakap apa-apa pada kau pasal aku?”

Raed tarik nafas dalam-dalam. Dia bersandar pada kerusi. Serius aje air muka dia. “Aku pernah beritahu Yuu yang aku suka kat kau. Tahu apa dia cakap?”

Bulat mata Kenzie pandang Raed. Lelaki tu beritahu Yuu pasal perasaan dia pada Kenzie? Whoa! Berani mati betul.

“Dia kata kau milik dia. Selagi cincin tu masih kat jari kau, jangan berangan nak ambil kau daripada dia.” Nada suara Raed dingin. Tak suka dia nak kenang perbualan pendek dia dengan Yuu pasal Kenzie dulu.

Dahi Kenzie berkerut. “Hipokrit!” Tanpa sempat ditahan, terlepas satu perkataan tu dari bibir.

Raed gelak pendek. Keras aje bunyinya. “Dia memang hipokrit.” Dia tak faham kenapa Yuu tak nak lepaskan Kenzie hanya kerana cincin Amor tu.

“Apa kesudahan hidup aku ni?” Kenzie raup tapak tangan ke muka. “Kalau selamanya hati aku tersangkut kat Yuu dan aku hanya bertepuk sebelah tangan, sengsara jadinya. Hidup aku akan kesunyian selama-lamanya.”

“Yuu hipokrit sebab tak berani mengaku perasaan sebenar dia pada kau.” Raed tarik nafas dalam-dalam. Walaupun dia suka Kenzie, tapi sebagai sahabat yang pernah membesar bersama di rumah anak-anak yatim, dia ada tanggungjawab untuk bersikap telus dengan gadis tu.

“Hah?” Kata-kata Raed buat Kenzie tergamam. “Maksud kau?”

“Kalau dia benar-benar cintakan Selena, mengapa dari awal dia tak sarungkan cincin tu? Kenapa perlu tunggu? Pada aku dia teragak-agak. Maknanya hati dia tak tetap.” Raed bukan nak berikan Kenzie harapan apa-apa. Tapi itulah yang dapat dia simpulkan.

“Itu kata kau. Kata dia?” Kenzie balas sinis. Hatta Ravan pun tahu perasaan Yuu pada Selena amat kuat. Dia kan boleh baca fikiran orang lain.

“Kan dia kata kau milik dia? Apa lagi yang kau nak dengar?” Raed bengang. Dah kenapa Kenzie tak nak terima kata-kata dia? Patutnya Kenzie gembiralah dengan kenyataan tu.

Kenzie lepaskan keluhan keras. “Ya.. dia pernah beritahu aku. Tapi cara dia cakap tu seolah-olah aku ni macam hamba dia. Aku tak boleh pergi jauh-jauh dari dia. Kalau aku pergi juga...” Dia tunjuk cincin kat Raed. “Cincin ni akan jadi pelik!”

Raed bagi renungan simpati. Dia faham maksud kata-kata Kenzie. Kejadian kat Lemuria tu masih segar dalam ingatan. “Dia sebenarnya perlukan kau hidup, Aoi. Ada sebabnya. Tapi dia tak nak beritahu. Dulu aku percayakan dia. Tapi sekarang...” Raed biarkan kata-katanya tergantung. Yuu terlalu berahsia sekarang ni. Dah bukan macam dulu.

“Tapi aku percayakan dia.” Kenzie tergelak sedih. “Nampaknya hati aku dah jadi hamba dia.” Rasa nak nangis tiba-tiba. Dada rasa sebak. “Aku pergi dulu!” Sepantas kilat Kenzie pergi dari situ. Raed memang tak sempat nak buat apa-apa.

Waktu dia tiba kat depan pagar mansion, baru dia berhenti berlari. Wajah basah dengan air mata. Dia menangis ke?

“Kenzie...”

Dia angkat kepala pandang ke depan. Ravan pandang muka dia dengan sayu. Dah tentu Daemon tu tahu apa yang Kenzie rasa sekarang ni. Terus dia lari terpa Ravan. Kenzie dah terdesak sangat agaknya menangis dalam dakapan Ravan!
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment