RENGGUT

RENGGUT
RM26.00 SEM / RM29.00 SS
postage rm8 sm/ ss

“Huh! Kalau nak harapkan Arman memang tak merasalah aku barang-barang macam ni. Silap-silap hari bulan anak aku pakai bekas barang-barang anak Kak Ngah Balqis kesayangan dia tu.”

Tiba-tiba perut Ainul mengeras. Ada rasa macam nak terkencing. Ainul ke tandas, tapi kencingnya tak keluar langsung walaupun sudah diteran berkali-kali. Ainul bertenang sebentar. Rasa nak terkencing muncul lagi. Tapi masih sama, Ainul tak boleh kencing.



“Kenapa pulak ni?”

Kelam-kabut Ainul mencari telefon bimbit. Dia tak tahu siapa yang perlu dicari ketika ini melainkan Arman. 

“Abang! Tolong…argh!!” Ainul mengerekot di atas kerusi. Nyaris-nyaris lagi telefon bimbit terlepas dari tangan. 
“Kenapa ni?” Suara Arman kedengaran cemas di dalam talian.
“Sakit bang. Tolonggg…”
“Awak kat mana ni?”
“Rumah.”
“Awak dah nak bersalin ke?” 
“Saya..saya nak buang air…”
“Habis tu? Awak jatuh ke?”
“Bukan… saya nak buang air. Tapi tak …tak keluar..”
Tak balasan dari Arman. Mungkin dia sedang memikirkan jalan untuk membantu Ainul.
“Tolong bang…sakit…” Ainul mengerang lagi. Sakit ini bukan yang dibuat-buat. Menggigil kaki Ainul menahan rasa ngilu yang teramat.
“Abang tak boleh keluar ni. Dah telefon ambulans?”
“Tolonglah bang…sakit sangat ni.” Ainul teresak-esak.
“Okey, letak telefon dulu. Abang rasa ada seseorang yang boleh tolong awak.”
“Janganlah letak. Saya sakit ni. Abang… abang!!”
Ainul mengeliat-ngeliat menahan sakit. Serba-serbi tak kena jadinya hinggakan memaksa dia merangkak ke bilik air. Dia cuba untuk buang air kecil. Tetapi keadaannya tetap sama. Dia langsung tak berani nak berdiri. Bimbang akan terjatuh pula nanti.

“Ya Allah sakitnya…” Peluh membasahi wajah Ainul. Sedikit pun tidak berkurang sakit yang dirasakan di pangkal ari-ari.
‘Inikah balasan yang Arman katakan?’
Hati Ainul berdetik. Makin banyak peluh yang keluar bila Ainul sedang ketakutan. Kedua-dua tangan memeluk perut. Tergeleng-geleng kepala Ainul, seakan-akan cuba melindungi anak di dalam kandungannya.
“Jangan…jangan ambil anak aku. Aduh… sakitnya!”

“Assalamualaikum.”
Terdengar suara perempuan memberi salam. Ainul cuba bangun. Namun kudratnya langsung tak berupaya untuk menegakkan badan
“Assalamualaikum, Ainul…”
“Kat sini…” Suara Ainul semakin lemah. Airmata yang mengalir hampir-hampir mengaburkan pandangannya.
“Ainul…”
Ainul mendongak. Terperanjat melihat Ayu. Mak Midah dan Hajah Kismah pun ada sama.
“Apa hal ramai-ramai ni?” Ainul menjerkah. Lupa sekejap dengan keadaan diri yang sedang sakit.
“Maaf, kami main masuk aje tadi sebab pintu tak berkunci. Jom, saya bawa pergi klinik.” Ayu menghulur tangan. Tapi tangannya ditepis kasar. Ainul terjengah-jengah, mencari seseorang.
“Arman mana?” tanya Ainul. Tak peduli pun dengan Hajah Kismah yang sedang risau melihat keadaannya.
“Dia kat hospitallah. Dia yang telefon saya beritahu awak sakit. Marilah. Boleh berdiri tak?” Ayu cuba memegang tangan Ainul. Tetapi Ainul berdegil untuk bangun sendiri.
“Arghhh..sakit!” Ainul tertunduk. Tangan masih memegang pangkal perutnya.
“Macam teruk aje keadaan awak ni. Kita ke hospitallah ya.” 
Ayu mencuba sekali lagi. Ainul tetap berdegil. Dia menjegil mata pada Ayu.
“Jangan macam ni Ainul. Kami datang ni nak menolong.” Hajah Kismah menegur. Hati yang dah memang menyampah dengan perangai Ainul makin meluat pula bila Ainul nak jual mahal. Orang datang tolong pun dah cukup bagus.

“Saya tolong awak bukan sebab saya nak rampas Arman. Saya nak selamatkan awak dan anak dalam perut tu. Arman dah amanahkan saya untuk datang sini tolong awak. Kalau tak kesiankan diri sendiri, kesiankanlah budak dalam perut tu.”
Ainul mengerang lagi. Dengan kekuatan yang ada Mak Midah dan Ayu memapah Ainul keluar. Ketika ini Ainul terasa diri terlalu kecil di mata manusia-manusia yang dia benci sejak dari awal perkahwinannya dengan Arman. Mata Ainul tidak lepas melihat Ayu yang sedang memandu. Mulut gadis itu tak putus-putus berselawat. Bohonglah kalau Ainul rasa tidak tenang. Benarlah kata Arman. Sekuat mana pun manusia, dia tidak akan mampu melawan kuasa Allah.
“Ayu…”
Ayu menoleh.
“Arman aku punya.”
Ayu nampak terperanjat. Tapi dia senyum sambil memegang erat tangan Ainul.
“Banyakkan selawat. Jangan fikir yang bukan-bukan.”
Dan kereta semakin laju dipandu menuju ke hospital.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment